Wednesday, 26 November 2014

Slot komedi


The Thundermans-every Monday to Friday at 4 p.m. on Nickelodeon channel 612. Fun to watch and release tension! Only half an hour of your whole day. Don't forget to watch!

Monday, 17 November 2014

Holidays and Vacations

Okay! Hari ni aku nak berkongsi sikit percutian aku dengan family for the past few years and for present hehehe.

Kuala Lumpur-kat sini shopping3! Mid Valley, too complicated haha. Berjaya Times Square, less complicated hihi. Yang bestnya aku dapat beli beg murah kat BTS!!! Allamanda pun best. SOGO, beli baju banyak2 hehe. Quality Hotel, ada lif transparent, bukan main seronok adik2 aku. Then, lepas PMR dulu, aku dengan kawan2 pergi Desa Water Park.

Kuantan-boleh dikatakan my second home but actually second home untuk papa sebab kerja kat sana, ulang alik Kuantan ke Kelantan dan sebaliknya. Pernah jugak aku lawat UMP, tempat ayah aku kerja. Tahun ni aku pergi De Rhu before aku masuk palam. Cantik jugak tempat tu. Before I forget, Awana Kijal!!! Masa kecik2 dulu pergi sana, best sangat! Then, Cameron Highlands. Time duduk sana seronok sebab ramai yang pergi boleh dikatakan keluarga besar lah. Cameron ni special dia of course lah suhu dia yang seeejuuuk hihi.

Pulau Langkawi-kat sini of course lah chocolates especially Daim tu ha. Macam2 coklat yang dijual. Kalau korang pergi kat kedai perniagaan haji ismail tu rambang mata tau nak memilih. Kalau aku memang tak cukup satu raga, ikutkan hati nak borong satu kedai hahaha. Satu lagi yang aku suka nak pergi langkawi tu kena naik feri. Tu lah first time aku naik feri, terbaik hahaha.

Tok Aman Bali Resort, Kelantan-yang ni aku baru je pergi after a few days balik dari palam sebab jealous dengan family day mama aku buat kat situ. Tempat dia cantik jugak tau. Yang bestnya aku dapat jumpa sedara2 aku yang dah lama tak jumpa hehehe.

Pulau Pinang-aku pergi masa lawatan pengawas dulu2. Pergi UiTM, cantik sangat tempat tu, nak belajar pun selesa. Then, pergi museum. Best tau, macam2 ada hehe.

Perak-baru je pergi hari tu dengan budak kelas aku kat palam. Kami ke Gua Tempurung. Pengalaman pahit dan manis semua ada. Naik lori bagai, main air sungai lah hahaha. Best sangat2!

Tu je kot rasanya yang masih segar dalam ingatan yang aku mampatkan jadi seringkas mungkin haha. Okay lah, thanks for reading ;-)

Friday, 14 November 2014

The Conjuring

Assalamualaikum dan hai! Dah lama aku tak update blog ni. Ha, hari ni aku nak sambung sinopsis scary movies yang aku tengok masa cuti.

Kalau insidious cite pasal ayah dengan anak, the conjuring ni pasal mak pulak. Ada satu family ni pindah rumah yang dijual lelong. Pada mulanya macam okay. Tapi bertukar jadi pelik dan semakin pelik. Si ibu, Carolyn mendapati ada lebam kat kaki dia and dia perasan semua jam menunjukkan jam 3.07. Kemudian disusuli dengan kematian anjing mereka, Sadie and burung patah tekak also salah seorang anak mereka, Cindy mengalami sleepwalking. Oh! Lupa nak bagitau pasangan Perron tu ada lima orang anak. Si kecik April jumpa satu kotak muzik kepunyaan hantu seorang budak nama Rory. Masa April and Carolyn main hide and clap, mak dia terkena dengan hantu Rory yang disangka April. Rory tu bersembunyi di dalam satu almari lama yang Cindy hantukkan kepala dia time sleepwalking tu. Ada satu malam ni, mak dia terdengar suara budak macam tengah main hide and clap. Dia pelik sebab anak dia semuanya tidur. Later, gambar2 yang digantung sepanjang tangga tiba2 jatuh. Bilik bawah tanah tu terbuka tak silap aku, mak dia macam kena tolak masuk dalam cellar tu. Dan dia terkunci kat dalam tu! Pada masa yang sama, Andrea kena serang dengan hantu yang tiba2 lompat dari atas almari antik tu. Dia menjerit, meronta-ronta. Satu family dalam ketakutan. Ed and Lorraine Warren ni macam penghalau hantu. Lorraine ada sixth sense gitu. So, Carolyn mintak bantuan diorang. Lorraine dapat merasakan sesuatu yang sangat teruk yang sudah berlaku di rumah itu bila diorang siasat bilik bawah tanah. Lorraine jugak nampak Rory yang bersembunyi di sebalik kotak muzik itu. Kemudian dia pergi ke satu tasik berdekatan rumah tu and dia nampak mayat tergantung di dahan pokok. Ed dan Lorraine mula menyiasat dengan lebih mendalam. Rupa-rupanya banyak peristiwa hitam yang telah terjadi di situ. Rumah tu milik seorang witch. Witch tu dapat anak and selepas 7 hari, dia bunuh anak dia kemudian gantung diri dia kat pokok tu. Masa kejadian 3.07 pagi. Banyak kejadian pelik yang berlaku selepas itu termasuk Rory yang hilang entah ke mana. Mereka mula kumpul bukti. Masa tengah siasat tu, Lorraine terjatuh ke bilik bawah tanah tak silapnya. Malangnya dia telah bersemuka dengan hantu2 tu. Sebenarnya, hantu witch tu jenguk Carolyn sebab tu ada kesan lebam2 tu. Dia nak rasuk Carolyn supaya bunuh anak2 dia. Judy, anak Lorraine turut terkena tempias tetapi berjaya diselamatkan oleh si ayah. Bila keadaan dah jadi teruk, satu family tu pindah ke tempat lain untuk sementara. Tapi Carolyn dah bawak lari Christine dengan April ke rumah berhantu tu. Dia nak bunuh mereka. Nasib baik Ed, Lorraine sempat sampai. Diorang pujuk Carolyn supaya lawan benda yang rasuk dia tu dan Carolyn berjaya! Keadaan kembali kepada asal. Cite ni bagus sebab happy ending hahahaha. Tak silap aku cite tu based on true story. Okay lah, enjoy ya! Sebarang salah dan silap harap dimaafkan ;-)

Saturday, 8 November 2014

Insidious Chapter 2

Cuti2 ni aku banyak tengok cite hantu. Suka tapi bila start je cite, mula lah pandang tingkap tak pun tengok muka adik aku hahaha. Aku akan tanya adik bongsu aku hantu muncul ke tak masa tu, nak pastikan line clear hihi. Aku tak faham lah kenapa dia kebal sangat, tak takut haish! Hahaha. Okay lah. Untuk kali ni, aku nak bagi sinopsis sikit pasal cite2 hantu yang aku tengok. Enjoy!

INSIDIOUS CHAPTER 2
Sambungan untuk insidious 1. Cite insidious ni pasal ayah dan anak. Si ayah bernama Josh dan si anak bernama Dalton. Sebelum tu, aku kena lah briefing sikit insidious 1. Josh sejak kecil ada kebolehan luarbiasa iaitu boleh masuk ke dunia satu lagi, macam dunia orang mati, hantu2. Dia boleh pergi ke dunia tu dalam tidur/mimpi. Malangnya, ada satu benda ikut dia, of course lah hantu kan. Benda ni nakkan dia, nak hidup dalam dunia yang sebenar bukan dunia satu lagi tu. Mak Josh panggil Elise, seseorang yang ada 6 sense rasanya. Mak Josh suruh Elise buat Josh ni tak ingat dia ada kebolehan macam tu. Bila Josh dah berumah tangga, anak dia pulak yang kena. Sama lah macam dia dulu, ada benda ikut cuma yang lainnya rupa dia macam binatang. Dalton mengalami koma yang sangat lama sebab dia dah kena tangkap rasanya dengan benda tu. So, mak Josh sekali lagi panggil Elise. Elise pun buat apa yang patut, Josh kena hypnotize untuk masuk dalam dunia tu. Josh berjaya bawak keluar tapi benda yang dulu ikut dia sekarang ikut dia sekali lagi masuk dunia nyata. Elise nampak kelainan pada Josh selepas proses bawak keluar Dalton selesai. Dia ambik gambar dan terkejut. Malangnya, Elise dicekik oleh 'Josh' dan mati. Isteri Josh terkejut dengan kematian Elise yang agak mengerikan. Apabila dia melihat foto yang diambil Elise, dia terkejut lalu bersambung ke insidious 2. Insidious 2 ni pasal Josh yang dirasuk. Isterinya, Renai dapat merasakan sesuatu yang tak kena tetapi Josh meyakinkan Renai takde pape yang akan berlaku. Ibu Josh, Lorraine merasakan perkara yang sama lalu dia pergi berjumpa 2 orang lelaki yang bekerjasama dengan Elise dulu. Merkel menunjukkan rakaman Josh dan Elise pada suatu masa dulu. Lorraine melihat sesuatu. Hah, Josh! Maknanya, yang berada kat rumah sekarang hantu. Dalam insidious 2 ni, Carl menggantikan Elise. Carl kawan lama Elise. Dia menggunakan dadu untuk berinteraksi dengan makhluk halus. Dalam insidious 2 ni jugak, terjawab persoalan dalam insidious 1. Hantu yang ikut Josh tu pesakit Lorraine waktu dia bekerja sebagai doctor dulu. Pesakit tu bunuh diri. So, diorang pergi rumah pesakit tu. Rupa2 nya itu perangkap mak kepada pesakit Lorraine. Maknya ni seorang yang sangat jahat. Tak silap aku mak dia suruh bunuh orang. Zaman kecilnya mak dia paksa dia pakai macam perempuan. Untuk melakukan pembunuhan tu, dia menyamar jadi pengantin bergaun hitam. Walaupun dia dah jadi hantu still mak dia suruh buat jahat. Satu-satunya cara Josh nak lawan hantu tu kena hapuskan memori hantu tu. Josh dapat tengok hantu tu kena marah teruk dengan mak dia. Mak dia lah dalang kepada semua ni. Last sekali anak dia sendiri tolong Elise untuk hapuskan mak dia. Josh kembali semula ke dunia asal atas pertolongan Dalton. Btw Elise tu dah mati, so dia dah jadi hantu. Pertarungan antara mak hantu dengan Josh tu berlaku dalam dunia hantu sebab tu Elise tolong sekali. Cite ni berakhir dengan 2 orang lelaki tu sekali dengan hantu Elise pergi ke satu rumah yang anak dia accident tapi dia berkelakuan pelik sikit. So, kemungkinan akan ada insidious 3 hahaha. Tunggu je lah nanti ya. Aku pun tak faham sangat cite ni berbelit sikit walaupun aku dah tengok banyak kali memandangkan time tengok tu bukan semua adik beradik betkumpul hihihi. Apapun, aku suka cite ni, terbaik!!! Yang tak tengok lagi tu boleh lah tengok eh nanti, best! Hehe. Aku cite ni berdasarkan pemahaman aku lah. Sorry teramat kalau silap cite eh. Okay! Thanks for reading :-)

Friday, 7 November 2014

MUET Writing Task 2

Give a title

Paragraph 1#4 sentences
-Some background info about the topic
-Good thesis statement with 3 points(eg: technologies nowadays have lots of negative impacts towards children that are isi pertama, isi kedua and isi ketiga)

Paragraph 2#6 sentences
-First topic sentence
-Bagi example(dalam kehidupan seharian)
-Bagi evidence(based on studies)
-Concluding sentence(macam effect dia lah)

Paragraph 3#5 sentences
-Second topic sentence
-Supporting details
-Bagi evidence
-Concluding sentence

Paragraph 4#6 sentences
-Third topic sentence
-Supporting details
-Shift of idea to indicate that you are refuting(menyangkal) the previous statements
-Concluding sentence

Paragraph 5#3 sentences
-Transitional word to show that you are ending your essay
-Restating the thesis statement but in a diff way
-Essay ends with giving suggestions to overcome the problems

Btw, benda ni depends on kesesuaian soalan. Goodluck :-D


MUET Report Writing Question

A)Title

B)Introduction
Eg: the stimuli presents (what type of graphs) on the... and (table/text) listing...

C) Overview/Trend
Eg: in general, (for the graphs) has risen steadily or etc and (for table/text) *bagi yang the highest*

D) Key features
-analysis
*according to the graphs, (bagi yang overview tadi)
*bagi info yang lowest and highest
*bagi info yang extraordinary, yang lain daripada yang lain

*according to the table/text, (bagi yang overview tadi)
*bagi info yang lowest and highest
*bagi info yang extraordinary

-synthesis
*bagi link between analysis tapi secara keseluruhan(overview)
*bagi link between graphs and text/table (refer analysis) dia macam kita bagi sebab la kenapa graf tu tinggi sebab ramai yang buat cleansing of teeth, lebih kurang macam tu lah linking yang dimaksudkan tu

E) Conclusion
Eg: in conclusion, (pusing sikit ayat yang overview tadi)

#I hope that will help you :-)

Thursday, 6 November 2014

L I F E

What do you think of the word 'life'? Mesti setiap orang ada pandangan masing2 tentang hidup diorang. As you all know, life ni ada 'ups and downs' dia kan? Memang susah kita nak terima kesusahan yang hadir dalam hidup ni. Dalam hidup ni ada masanya menyebelahi kita, ada masanya mengecewakan kita. Kadang2 kita dikongkong, ditipu, dihina, disisihkan. Kadang2 kita dipuji, disayangi. Adakalanya kita rasa susahnya hidup. Rasa lebih baik mati je. Tapi adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kematian tu? Masa kecik2 dulu, we're used to have lots of fun. Kita disayangi, semua rapat je dengan kita. Tapi as we grow up, things change, a lot. Emosi, perasaan mula menebal dalam diri. Kalau dulu hanya keseronokan yang kita rasa tetapi sekarang fikiran kita sudah berlapis-lapis, kita pun jadi agak sensitif. Pernah dengar tak orang cakap, orang2 tua ni sensitif sikit. Maksudnya, bila umur meningkat ni, kita lebih banyak bermain dengan perasaan. Tak dinafikan dari kecik sampai lah besar panjang pun, aku still takut with the word tests, exams. Jantung ni, berdegup kencang tau. Padahal benda tu dah selalu kita hadapi. Nervousness is normal kan? Hahaha. Pernah tak korang fikir 'kalau boleh masa aku senang, aku akan behave macam diri aku yang normal, takde lah overexcited sangat, bersyukur pada Allah, tak lupa kepada-Nya'? Kalau sedih kita mengadu kepada Allah, percaya kepada-Nya, serahkan segala urusan kepada-Nya. Itu lah tindakan yang sebaiknya, semuanya kembali kepada Allah. Aku ada buat kajian sikit macam mana sesetengah orang atasi stres mereka. Macam2 cara tau. Takpe, yang penting tindakan yang sewajarnya. Kadang2 ada masanya we need to be alone atas alasan kita tak nak orang lain disakiti dengan emosi kita yang tak stabil. Adakalanya, we need our family, friends to be around with us. Kita cuma nak rasa aura kasih sayang tu. Bila kita borak2, bergelak ketawa dll rasa macam diri kita disayangi, diperlukan. To me, all I ever wanted in this life, is just happiness. I really, really want to see my family, my loved ones and those around me to be happy and keep them safe from any harms. You need to be strong, be positive and don't let life knocks you down. Yes, I know it is difficult to achieve happiness in life disebabkan dugaan dan ujian but remember, everything happens for a reason and Allah knows the best for us. If you're stressed, do something to make you feel calm. Life is define differently to every individual. Take care of yourself and stay strong. Keep in mind, the best way to find happiness is to be the best version of yourselves so that you can inspire others to be the best version of themselves. Thank you for reading :-D di kesempatan ini juga, I would like to thank semua yang banyak support aku, thank you so much guys :-)

Tuesday, 4 November 2014

Festival/Celebration

At the eve of celebration, the heat can be felt all around. Decorations have been set up prior to the festival. Everyone is geared towards maximum satisfaction. The poor and the needy are not forgotten. The voice of the call surmounting to the heat of the day is passionate felt especially to the kids. Special tributes are given to the eldest and the loved ones. Hopefully it will appear again.

Empowering emotions

Emotions are intricate and need patience to handle. Anger, dejected and selfish are amongst the villains that can ruin the sacred hearts. To seek calmness, the guide of the true path is needed. Knowledge, experience and maturity are the recipes of the chaotic soul. Perseverance of the good moral values, positive thinking and patience are the weapons for success now and in the world hereafter.

Something scary

The night was dark. It was very eerie. I had to pass by the nearby graveyard. I kept on 'reciting' the holy verses but my adrenaline level was ascending. With one energy and confident, I did it. Suddenly, I flet very heavy. I dared not to turn behind. Then I heard some scary whisper. My nerve was really tested and my hair stood on ends.

Love to a mother

The love to mother is eternal and everlasting. No matter what you do, it will never equate the pure mother's love. The love is too sacred and novel. Any way as sign of gratitude, we can show or express by various ways or means.

Mother nature

The earth and soil is continuously depleted. The mother nature is gradually decreasing her marvels. Mankind has alienated and devastated the universe. We succumbed to the so-called development! The floras and faunas are getting extinct. Rivers are getting narrower. Fishes and animals have lost their colonies. React and act now or else the future generations will have no comfortable place to live.

Monday, 3 November 2014

UiTM Kampus Puncak Alam

UiTM Puncak Alam or well-known as Palam, is a very beautiful place to study. Also, the facilities that have been provided are good. Tahniah kepada architects sebab buat Palam nampak unik. Konsep Palam ni nature and agak complicated dengan bangunannya, jalan raya nya. Okay! Palam ni famous dengan tangga kejayaan or tangga maut or tangga batu caves. Seriously, penat naik tangga tu banyak sangat wei. Kalau turun takde masalah, laju je macam turun gelongsor. Kalau korang tak nak naik tangga, ada je certain students berjalan kaki dalam group instead of taking the stairs. Bagus jugak tu tapi jauh perjalanannya tu. As for me senang je I take the bus, rapid KL. Kena keluarkan duit lah sikit, RM 1. Aku terpaksa kumpul duit seringgit tu banyak2 tapi takpe Adleena tak kisah asalkan tak perlu naik tangga tu, buat penat je. Eh! Lupa pulak. Korang mesti tertanya-tanya apa guna tangga tu. Sebenarnya dari kolej ke fakulti kami guna tangga tu lah. Nak turun fakulti kena guna tangga tu. Kolej kediaman memang selesa. Lebih kurang apartment lah cuma dapur, living room tu takde lah. Dalam rumah tu ada bilik air, rak kasut and yang terkini ada tempat sidai kain jugak. Dalam satu rumah tu ada 8 orang, 4 bilik setiap bilik ada 2 orang. Tempat dobi ada di tingkat satu setiap blok. Kolej kediaman untuk pelajar perempuan dipanggil kolej Rafflesia. Rafflesia ada 6 blok kesemuanya. Kolej Angsana untuk pelajar lelaki tetapi ada je pelajar perempuan tapi majoritinya ialah lelaki. Kolej Casuarina tu aku tak pasti sangat sebab kolej yang agak baru. Setiap kolej kediaman kecuali kolej Casuarina ada cafe masing2. Dalam cafe tu ada mini mart tau. Macam2 ada kat mini mart macam mini Tesco dah aku tengok hahaha. I'm a student from Foundation in Science. Asasi sains ni ada 6 subjek kesemuanya that are math, phy, chem, bio, subjek agama(ctu) and english(elc). Syllabus dia mungkin akan bertukar-tukar sikit every year. Subjek tu dia macam SPM tapi lagi advance lah. Ada 2 semester. Cuti sem dia lama lah jugak. Elc tu tertumpu kepada preparatian untuk muet nanti. Pakaian tu bebas asalkan sopan. Cuma hari isnin tu kena pakai pakaian formal, hari jumaat digalakkan pakai baju kurung untuk perempuan for lelaki not sure sebab biasanya diorang pakai baju melayu. Kalau untuk outing pun bebas cuma kena ada kat kolej selewat-lewatnya 11 malam kalau tak silap. Kalau nak pergi Tesco puncak alam, ambik bas rapid T600. Tak ramai sangat pun yang pergi Tesco ni sebab kecik je kalau nak beli bekalan makanan je okay lah. Kalau nak jalan2, window shopping, naik bas U90 pergi Setia City Mall, student panggil SCM. Tesco pun ada jugak kat situ yang besar punya. Tapi aku sarankan korang nak pergi scm tu better sewa kereta je lah. Kang tak pasal2 tak boleh balik palam sebab nak naik bas tu kena berebut jugak tau sebab ramai sangat. Bas tu pack gila macam ikan sardin tu hahahaha. Untuk ke klang sentral pun naik bas rapid u90. Tapi boleh je naik bas uitm cuma kena lalui beberapa prosedur lah sikit. Oh btw, kat uitm pun ada koko tau. Aku dulu masuk kelab memasak, koko tu daftar online tau. Korang kena cepat or else tinggal koko yang tak best. I think that's it I wanna share with you guys. You can drop a comment if you have anything to ask. Thank you :-D

Temptation of Wife

Angeline mengalami keguguran disebabkan oleh ibu mertuanya yang secara tidak sengaja menolaknya hingga jatuh. Marcel cukup sedih kerana dia sangat inginkan seorang anak. Agak sukar untuk Angeline hamil semula. Semenjak kejadian itu, Marcel mula menjauhkan diri daripada Angeline. Perangainya juga berubah. Angeline berasa sangat sedih memandangkan dia mencintai Marcel sepenuh hatinya dan dia juga mengharapkan kasih sayang suaminya itu. Keadaan menjadi lebih teruk apabila teman baik Angeline iaitu Heidi muncul dalam hidup mereka. Heidi telah menjadi duta produk kosmetik dari Paris. Penampilannya cukup menawan dan berjaya menarik perhatian Marcel. Marcel mulai jatuh hati pada Heidi dan mengabaikannya isterinya. Akan tetapi, bapa kepada Marcel, Romeo sangat tegas orangnya. Jika beliau mendapat tahu Angeline diperlakukan dengan buruk, nahas Marcel dikerjakannya. Nigel merupakan seorang pemuda yang berjaya. Dia meminati Angeline tetapi pada masa itu Angeline kekal sebagai gadis misteri. Nigel mempunyai seorang adik bernama Chantal. Chantal menyukai Nigel dan dia mahu Nigel menikahinya. Nigel cuma anak angkat. Nigel tidak bersetuju kerana dia menganggap Chantal sebagai anak kandungnya. Chantal cukup kecewa kerana Nigel tidak menghadiri majlis perkahwinan mereka lalu Chantal membunuh diri. Heidi berpura-pura baik di hadapan Angeline sedangkan pada masa yang sama dia cuba merampas Marcel. Lama-kelamaan kejahatan Heidi terbongkar. Heidi datang menemui Marcel untuk memberitahu tentang kehamilannya pada majlis makan malam romantik Angeline dan Marcel. Lebih memilukan lagi apabila Angeline dihalau keluar dari rumah kerana dituduh ingin mencederakan Heidi dan kandungannya. Maka terjadilah pergaduhan antara Heidi dan Angeline. Malangnya, Angeline terjatuh ke dalam sungai sewaktu pergaduhannya dengan Heidi. Heidi dihantui rasa bersalah. Semenjak kejadian itu, Angeline dianggap mati lemas memandangkan pasukan penyelamat tidak dapat menemuinya. Sebenarnya, Angeline telah diselamatkan oleh Nigel. Dia menceritakan segala-galanya kepada ibu Nigel, Yolanda. Yolanda telah lama menyimpan dendam terhadap keluarga Romeo. Angeline bersetuju untuk bekerjasama dengan Yolanda untuk menghancurkan keluarga Romeo. Kini, Angeline dikenali sebagai Chantal. Imejnya yang terkini sangatlah menawan. Perwatakannya juga berubah menjadi agak nakal. Keluarga Angeline gembira kerana dapat bertemu Angeline yang dianggap sudah mati. Nigel tidak begitu bersetuju dengan rancangan ibunya dan Angeline untuk menghancurkan keluarga Romeo. Heidi cukup terkejut apabila melihat Chantal kerana Chantal mirip sekali dengan Angeline. Ada perkara yang lebih mengejutkan tentang Heidi. Kehamilannya adalah palsu. Heidi sebenarnya mengidap sejenis penyakit yang agak kronik. Ketumbuhan yang dialaminya boleh dioperasi tetapi setelah itu dia sudah tidak boleh mengandung. Heidi panik kerana takut rahsianya terbongkar. Telenovela ini berakhir dengan baik. Angeline hidup bahagia bersama orang yang tulus mencintainya iaitu Nigel. 

Sunday, 2 November 2014

Intro

السلام عليكم and hai semua! I'm adleena. I've just got into this blogger thingy. Sekarang tengah cuti sem. 2 bulan kot, tak tau nak buat apa. Sebulan dah berlalu so I think of doing something untuk isi sisa2 masa terluang ni. Why don't I make a blog memandangkan aku agak suka menulis. So, here it is! For those who know me, you can pm me for things you want to be posted on this blog or you can drop a comment and kepada yang tak kenal tu, you can just drop a comment. But please don't expect too much from me hehehe. Okay then, thank you :-D

Desserts D Palam


Here are some desserts that you can try :-)





DE'MEISES

DE' MEISES BAND

Welcome to Malaysia, De' Meises!!! Semuanya handsome dong hahaha. Ada untungnya aku bukak MHI hari ni. De' Meises nyanyi single 1st and 2nd. Single 1st tu yang 'dengarlah bintang hatiku' yang single 2nd tu tak tau lah hihi. Jangan tertukar pulak De' Meises dengan D Masiv haha. Meises ni bermakna butiran2 coklat tapi dalam band tu seolah-olah butiran2 nada yang harmoni sepertimana butiran2 coklat yang digemari ramai. Video clip diorang yang dengarlab bintang hatiku tu ilham daripada isteri producer band tu sendiri. Mengisahkan tentang lelaki ni jaga perempuan yang sudah tidak senpurna fizikalnya. Btw, diorang datang sini dah lima hari tau. Mula2 tu mereka pergi Miri. Makanan pertama yang disajikan di Malaysia ialah kek lapis. Kek lapis ada jugak kat sana cuma sedikit berbeda haha. Next diorang rasa nasi lemak. Ada jugak kat Indonesia cuma yang kat sini berlemak sikit , aduhai! Sebab tu namanya nasi lemak kan. Kebanyakan ahli band tu ambik accountancy dan ada yang ambik management. Diorang study di Universitas Putra Indonesia. Dah habis dah study nya. Salah seorang yang ambik accountancy tu pernah kerja kat bank tapi sekarang fokus pada band lah memandangkan mereka telah berkumpul. Kebanyakan daripada mereka minat motor GP. Ada je yang minat football and tengok Piala Malaysia hari tu bila ditemu duga. Diorang ada eventkat Hard Rock cafe. And diorang dah lawat Twin Tower hehehe. So, kepada peminat De' Meises terus menyokong mereka dalam industri muzik ni :-D Enjoy your stay in Malaysia, De' Meises!

The Best Way To Find HAPPINESS

Atas permintaan my dearest housemate, here it is! Essay yang kononnya aku buat hahaha. Sebab kalut nak siapkan essay ni so aku ambik dari internet je, organised it and modified it sikit je, mostly and originally from Google hehehe. Tapi kan aku suka ayat2 dia. Cubalah baca and hayati ;) 

Happiness is defined as a mental or emotional state of well-being characterized by positive or pleasant emotions ranging from contentment to intense joy. But, what makes happiness so hard to attain? One of the common reasons we find it so difficult to find happiness is due to our perception of what it really is. Our ability to be happy depends on how we define it. So, how do we achieve happiness? The best way to find happiness is to live our best life or to be the best version of ourselves. In order to achieve happiness by live our best life, we must be carefree, stop nit-picking ourselves plus be ourselves, be kind and also learn to be accepting of others.

First and foremost, be carefree is one of the ideas to be the best version of ourselves. As an individual, you are given the option to do whatever you want, feel the way you wish to feel, try outrageous things but really, being carefree can be healing to your soul. Breaking free from caring what people think is a step towards happiness. Do not dwell on the negative, instead, reach for something positive. Do not worry about the little things in life, appreciate and go for something that you have never tried. You are you, and believe that you are worth life. Their opinions do not matter, and it only makes them bad people at the end of the day.

Secondly, is stop nit-picking yourself plus be yourself. We have things that aren't exactly beautiful, things that we ashamed or annoyed.  It is true we are our own worst-critic. A little critical self-evaluation is a good thing but too much focus can be destructive. If you go looking for what is wrong with yourself, then that is what you will find. Try looking for positive things about you and you may surprise yourself. To be yourself means to follow your own style and be the best of who you can be. You cannot fully impersonate others except for good things and you yourself can accept it. As the saying goes, “you are lucky enough to be different, never change.”

Besides, be kind to others. Yes, the most cliché thing in the book, but really, one of the truest thing in life that you must learn. What does it mean to be kind? To help someone, give a thoughtful compliment, offer a heart-warming smile, give a kind impression and so much more. The most wonderful thing about kindness is that you learn to be giving rather than accepting. Do not talk behind other people's backs. Remember that everyone was put on this earth for a reason, and everyone has their own troubles in life - even if it does seem that they have an easier life. Even though their immaturity shows when they are around you, and it makes you want to tear their hair out - keep in mind that there is a reason for everything. Do not attempt or force friendship on them; it may just outburst some more immaturity.

In fact, also learn to be accepting of others. Our world has a big problem when it comes to interpersonal relationships and that problem is tolerance. We tolerate people with different beliefs, races and opinions. We must learn to trade tolerance for acceptance and yes, even love. Being accepting means truly believing or coming to recognize other people.

To conclude, live our best life involves self-acceptance and no longer comparing ourselves to others. When we are able to accept things for what they are, we can be happier. Enjoy life and look for the spice in life. Experience all that you can. Repair old relationships that once lost and make your present ones stronger. Stop trying to be happy or thinking about being happy and challenge yourself to do what makes you happy. Find what makes you happy today and live life to the fullest. When you are living the best version of yourself, you inspire others to live the best versions of them.

Spongebobby with Jellies

You don't need a plane to fly,
Plastic wings may make you cry,
Kites are made for windy day,
Lawn chair with balloons, fly away!
Inflatable pants you may as well skip,
If you want to fly...
All you need is FRIENDSHIP <3


Please Be Careful With My Heart

Maya, si pramugari. Memang impiannya untuk menjadi seorang pramugari. Perjalanan hidupnya bermula sebagai seorang bibik kepada seorang jurutera bernama Richard. Makcik Fe, seorang tua yang penyayang yang telah lama bekerja untuk keluarga Richard yang juga mengasuhnya sejak kecil. Richard mempunyai seorang pemandu yang ceria iaitu Joma. Kehidupan Richard banyak berubah setelah kematian isterinya, Alex. Kehadiran Maya dalam kehidupannya telah mengubah segala-galanya. Abby, anak bongsu kesayangan Richard menjadi bisu setelah kematian ibunya. Nikki, seorang gadis yang sangat cantik dan masih tidak dapat menerima Maya di rumah mereka. Luke, anak sulung kepada Richard merupakan seorang yang agak ramah dan dia sudi menerima Maya dalam kehidupan mereka. Sir Chief-itulah gelaran yang diberi oleh Maya untuk majikannya itu. Maya seorang wanita yang cantik, baik dan bijak. Tidak hairanlah kerana dia dibesarkan oleh keluarga yang penyayang. Maya sangat digemari oleh Abby sehingga akhirnya Abby dapat bercakap semula. Maya banyak membantu NikkI dalam kerja buatnya dan Nikki sangat menghargainya dan akhirnya dia dapat menerima Maya. Luke sangat mencintai Grace, teman wanitanya akan tetapi Grace memutuskan hubungan mereka dengan alasan Grace ingin fokus dalam pembelajarannya. Luke kelihatan sungguh kecewa. Setelah dinasihati oleh ayahnya dan orang2 di sekelilingnya,semangat Luke telah pulih semula. Maya meyimpan perasaan terhadap Richard tetapi dia tidak berani untuk meluahkannya. Maya juga cemburu apabila melihat Richard bersama orang lain. Begitu juga dengan Richard yang mulai jatuh cinta dengan Maya. Maka berlakulah salah faham antara mereka kerana masing2 memendamkan perasaan cinta itu tanpa ada keberanian untuk meluahkannya. Semua itu sementara sahaja. Setelah itu segala2nya kembali kepada asal. Akhirnya, Maya berjaya mencapai impiannya. Richard dan Maya kelihatan sangat sepadan bersama. Maya ialah seorang pramugari dan gandingannya ialah seorang jurutera kapal terbang. Mereka akhirnya berkahwin dan Richard sekeluarga hidup bahagia. 

TAMAT

Dia Seorang PERFECTIONIST

By: Dolena

Perfectionist eh? Yup, betul tu. Aku ada seorang kawan yang tersohor dengan gelaran tu. Sofia, itulah nama gadis yang bakal bergelar seorang siswi. Dia ni memang baik dan peramah orangnya. Cuma kadang-kadang dia mengalami perubahan mood. Badmood, arghhh! Tiada siapa yang berani menegurnya. Dia akan diam membisu untuk seketika. Lama-kelamaan panasnya akan reda dengan sendirinya. Boleh dikatakan dia seorang yang agak garang. Senang gembira dan senang juga untuk jadi yang sebaliknya. Sukar untuk dijangka. Kami ni best friend forever lah katakan. Dari Tadika Tengku Anis 1 ke SK Zainab 1 dan akhirnya SMKA Naim Lilbanat, kami tetap bersama. Seperti kanak-kanak lain, kami bergembira di tadika. Main masak-masak, sorok-sorok dan banyak lagi. Memang seronok. Bila masuk sekolah rendah, terbongkok-bongkok kami memikul beg lalu menaiki tangga untuk ke kelas. Sungguh memenatkan. Bukan tu je, HOMEWORK!!! Mewarna sungguh melecehkan! Tamat je sekolah rendah, dah rasa matang sikit. Hakikatnya, memang tak lah! Sekolah menengah bagaikan kotak memori. Banyak perkara yang menggembirakan, menyedihkan, mengecewakan, menjengkelkan dan memalukan berlaku di sini. Tingkatan 1 baru setahun jagung. Punyalah bajet berjurus konon. Belum ada unsur-unsur nak memberontak. Tingkatan 2 terasa selesa sikit. Exam pun tak ambil peduli. Tingkatan 3 agak serius. PMR kan. Tingkatan 4 menuju proses kematangan, rasanya lah. Tingkatan 5 memang terbaik! Alamak! Aku ni dah jauh tersasar flashback zaman muda-muda dulu. Bercakap tentang Sofia. Dia ni memang cermat orangnya. Terlalu berhati-hati dalam apa sahaja yang dia lakukan terutamanya homework, nota-nota dan etc. Tulisan dia perghhh sebijik-sebijik. Tahap penulisan memang slow sangat. Mengalahkan  kura-kura. Tapi aku nampak dia macam okay je. Kerja pun selalu siap. Jauh berbeza masa di tingkatan 4 dulu. Kerajinannya terserlah. Aku kagum! Bila masuk je tengah tahun, dia jadi lain sikit. Nampak murung dan stress. Aku kesian tengok dia termenung je. Markah exam pun merosot. Apa yang dah jadi???

“Kau sakit ke Sofia? Kau nampak lain lah sekarang ni. Aku nak ajak borak pun tak berani. Kau ada masalah ke?”

“Tak lah. Mana ada. Kau ni memandai je. Aku okay. Mungkin aku stress ngan SPM kot…”

“Kau ni biar betul? Orang lain pun stress jugak. Tapi takde lah seteruk kau.”

“Aku…”

“Alaaa, kau ni. Cuba terus-terang ngan aku. Mana tau aku boleh tolong.”

“NO! Tiada siapa pun yang boleh tolong aku. Benda yang aku berhadapan sekarang ni sangat rumit…”

Dia pergi tinggal aku macam tu je. Tanpa sebarang jawapan. Makin hari aku tengok dia makin teruk. Perangai cerewet dia tu semakin menjadi-jadi. Tapi masa dia okay, okay lah. Makan, borak biasa-biasa je. Kerja dia memang undeniable cantik, kemas dan tersusun. Tak boleh nak komen lah. Dia seorang perfectionist. Untung juga aku ada kawan macam ni. Apa-apa pun, aku risau tengok keadaan diri dia memandangkan SPM dah nak dekat.

“Aku ada benda nak bagitau kau ni. Pasal masalah aku hari tu…”

“Ooo, kau dah ready nak story-story ngan aku? Meh sini. Aku akan setia mendengarnya. Hahaha.”

“Sebenarnya aku…ada masalah ngan diri aku. Aku rasa aku ni slow sangat…”

“Maksud kau? Cara kau menulis?”

“Yup…”

“Aku dah agak dah. Sebab tu ke kau selalu tak cukup masa dalam exam?”

“Yup…”

“Aish, kau ni. Aku rasa kau ni terlalu banyak berfikir sampai kau tak boleh nak control keseimbangan diri kau.”

“Memang lah. Aku dah buntu. Tak tau nak buat apa…”

“Kau tak boleh macam ni. Tak boleh! SPM nanti teruklah kau.”

“Aku tau. Hurm…”

“Macam ni lah. Aku tabik kau sebagai seorang perfectionist. Tapi kalau dah sampai tahap memudaratkan diri kau, itu dah melampau. Kau kena stop semua ni. Aku tak sanggup tengok kau macam ni. Perfectionist tu bagus tapi ada limit dia. Kau tak perlu jadi sempurna. Jadi diri kau sendiri. Buat diri kau rasa selesa.”

Air mata mula mengalir di pipinya. Aku yakin dia sudah terlalu lama memendam perkara ni. Tidak tahu kepada siapa untuk diluahkan. Aku faham kerana masalah sebegini tidak dapat dirasai oleh orang lain kecuali si penderita.

“….aku takut Lia. Aku tak kuat.”

“Kau jangan macam ni. Never give up. Aku kan ada. Aku akan cuba tolong kau. Aku takkan biarkan kawan aku rosakkan masa depan dia gara-gara benda ni.”

Aku mengusap-ngusap kepalanya lalu memeluknya. Aku tau penderitaan yang dialami sudah cukup membuat dirinya terseksa. Aku tak rasa masalah dia cuma dalam exam tapi dalam semua aspek. Kalau tak, dia takkan jadi psycho macam ni.  Tapi jangan risau Sofia, it is never too late to change

~being a perfectionist is good but it has its own limit. It doesn’t mean anything if it ruins your life. Stop before it conquers your life. Be who you are. Nobody’s perfect, right?~

Saturday, 1 November 2014

SPM in a nutshell tips


  • Study cara yang korang selesa, guna cara yang sesuai dengan diri korang
  • Jangan careless, jangan kalut katakan pada diri 'relax, keep calm'
  • Buat short notes dengan cara mind mapping ke apa2 je cara, membantu korang to memorize
  • Fakta2 tu korang baca, go through the books tak mampu nak hafal takpe asal baca last2 akan keluar jugak yang dibaca tu
  • Manage your time properly
  • Soalan2 past year tu buat, kalau tak buat pun at least tengok2 lah jugak sebab pattern kemungkinan lebih kurang je
  • Usaha, usaha dan usaha lepas tu tawakkal kepada Allah
  • Korang enjoy SPM tau, best sangat2. Kalau nak tau apa yang best tu korang kenalah hadapinya dulu okay
  • Apa2 pun buat yang terbaik, goodluck to all of you :-D

SPM tips 4

Okay, for the science subjects...

For PHYSICS=segalanya tentang formula macam math jugak. Formula tu memang dah diberi tapi ada jugak 'formula yang tersirat' maknanya yang korang kena hafal sebab tak diberi dalam exam. Fakta-fakta tu kena baca lagi baik kalau boleh hafal sekali. Tapi kalau korang baca, go through the books pun dah cukup. Dalam exam nanti, in shaa Allah, sedikit sebanyak akan keluarlah ilmu tu. Yang soalan pilih barang paling suitable pun okay jugak, soalan simple and dapat membantu bagi markah. Gunakan teknik yang betul, yang cikgu dah ajar. Guna yang mana2 korang selesa.

For CHEMISTRY=pun jugak formula hehehe. Math ni memang dalam semua subjek mesti ada je dia. Chemical formula and chemical equation tu kena mahir tau sebab tu asas dalam kimia. Buat soalan yang cikgu bagi, buat short notes.

For BIOLOGY=yang ni bukan formula walaupun ada lah sikit2 tak banyak hahaha. Bio ni baca, faham, hafal and saling kaitkan antara satu sama lain. 

*untuk kertas 3, fizik dan kimia rasanya okay je cuma biology yang pelik sikit sebab dia ada teknik nak jawab. Yang ni depends on cikgu korang and format soalan tu sendiri*

SPM tips 3

For MATH and ADD MATH=mestilah buat exercise at least buat yang cikgu bagi. Bukan tu je tau, korang kena study jugak, ada certain formulas yang nak kena hafal. Buat short notes, it helps you to memorize. Please jangan careless dalam exam. Key in numbers dalam calculator tu betul2. Manage your time properly so that korang ada masa nak check jawapan. Katakanlah korang memang buntu untuk subtopik tu, korang hafal and faham jalan kira soalan tu(tengok soalan past year SPM and jalan kira tu). Saya buat macam tu dalam add math sebab dah mati akal and menjadi lah jugak cuma korang kena buat kajian lah sikit pattern soalan tu sama ke tak. Biasanya pattern soalan tu sama. Itu lah dunia math, kalau korang nak tau hahaha

SPM tips 2

Untuk subjek agama seperti PQS, PSI, PAI=baca, hafal, faham and cuba kaitkan dengan kehidupan seharian. Buatlah peta minda ke akronim ke apa2 saja cara untuk ingat fakta2 tu. Soalan2 past year SPM tu buatlah yang objektif, kalau boleh buat semua. Korang dapat ilmu tau bila buat soalan2 objektif tu.

For SEJARAH=buat soalan objektif dalam buku past year SPM. Sejarah ni fakta, so susah sikit. Baca lah nota2 yang cikgu bagi tu. Buat short notes, memang membantu. Untuk kertas 3, manage masa betul2. Susun nota elok2 baru lah tak kelam kabut. Tak payah lah mengarang panjang sangat, ambik point penting lepas tu huraikan sikit.

*subjek menghafal ni, buat lah short notes, key words atau apa2 cara sekalipun, memang akan membantu sangat2, in shaa Allah*

SPM tips

Saya budak SPM tahun 2013. To be honest, saya bukannya jenis yang study konsisten hehehe. Mungkin dah biasa dari kecik terbawak-bawak sampai sekarang. Last minit punya study lebih kurang macam ni lah.

For BM=esei tu bacalah kata-kata hikmat, simpulan bahasa apa-apa saja yang menyedapkan ayat. Biasanya student akan buat soalan nombor 1 atau 2, nombor 5 kurang digalakkan sebab cerpen and cerpen ni ambik masa lama sikit untuk karangan yang panjang tu(kalau still ikut format dulu). Buat simple2 sudah asalkan siap, buat setakat mampu okay. Untuk yang komsas tu, saya tak baca pun novelnya hahaha. Just baca sinopsis bab demi bab, dah mencukupi. Fahami and korang boleh je cari isi dalam sinopsis tu.

For BI=Yang saya amat pentingkan ialah grammar. Vocabulary penting jugak. Tapi sebab saya tak mampu nak ingat vocab tu saya fokus grammar and prinsip pentingkan grammar masih kekal sampai ke hari ini. Dulu pun kalau essay yang 50 marks tu saya hafal short story yang saya buat sendiri(for those yang suka buat cerita). Just make sure your story is universal. Maknanya sesuai dengan tajuk apapun yang bakal keluar nanti.

For BA=baca nota yang ustaz/ustazah bagi and also buku teks. Cuba faham, in shaa Allah boleh jawab. Kalau essay tu, buat simple2 sudah. Guna vocab yang kita belajar.

*untuk subjek bahasa ni, korang buat setakat mampu and buat ikut cara korang sendiri, cara yang korang selesa. Just make it simple okay*

One word topic essay: Smile:-) (SPM 1997)

      The word maybe short, simple and easily pronounced. A blessed, sincere and honest smile comes from the heart. It soothes the mind and our soul. The sun and the moon always 'smile' to the universe. The smile that brings eternal prosperity to mankind. 

      Biologically, when we smile our hearts will react. It gushes blood warmly as the hormone adrenaline is secreted. The warm blood helps to reduce the cholesterol level and balanced the diabetic level. In other words, smile can make everybody happy and healthy. 

      It has been scientifically proven that smile can reduce stress. Stress can develop multiple illnesses to human beings. If not catered carefully, stress can be very dangerous to your well being. Smile can 'fight' stress.

A Heartbroken Tragedy

It was raining cats and dogs. A massive congestion resulted. The road was slippery. Lightnings and thunder were deafening. Then a loud explosion was heard. A trailer turned turtle. Three cars were totally wrecked. Parts of bodies scattered. The rainwater turned reddish. A pregnant woman was crying in pain. She was lying in the pools of blood. She managed to give birth. After kissing her baby, she passed away. The crowds were in tears.

By: Sir Ruslan

My Mother

The sun shines the earth. The world is dry without the sun. A mother's love is more than the sun. Imagine the world without the sun. No energy and no life! What happen then if the world is without the presence of mothers? It will be a hectic and chaotic place to live in.

By: Sir Ruslan

Current Issue

The world is shocked by another Apocalypse. It has been said that there will be a big explosion today. They based this situation on premonition. As good Samaritans and strong believers, we should not be confused with these 'baseless' opinions. Only God knows what is going to happen next. The day of Resurrection, Judgement or 'Qiamah' is a must but when just have it to the Jurisdiction of the Almighty.

By: Sir Ruslan