By: Dolena
Perfectionist eh?
Yup, betul tu. Aku ada seorang kawan yang tersohor dengan gelaran tu. Sofia,
itulah nama gadis yang bakal bergelar seorang siswi. Dia ni memang baik dan
peramah orangnya. Cuma kadang-kadang dia mengalami perubahan mood. Badmood,
arghhh! Tiada siapa yang berani menegurnya. Dia akan diam membisu untuk
seketika. Lama-kelamaan panasnya akan reda dengan sendirinya. Boleh dikatakan
dia seorang yang agak garang. Senang gembira dan senang juga untuk jadi yang
sebaliknya. Sukar untuk dijangka. Kami ni best
friend forever lah katakan. Dari Tadika Tengku Anis 1 ke SK Zainab 1 dan
akhirnya SMKA Naim Lilbanat, kami tetap bersama. Seperti kanak-kanak lain, kami
bergembira di tadika. Main masak-masak, sorok-sorok dan banyak lagi. Memang
seronok. Bila masuk sekolah rendah, terbongkok-bongkok kami memikul beg lalu
menaiki tangga untuk ke kelas. Sungguh memenatkan. Bukan tu je, HOMEWORK!!!
Mewarna sungguh melecehkan! Tamat je sekolah rendah, dah rasa matang sikit. Hakikatnya,
memang tak lah! Sekolah menengah bagaikan kotak memori. Banyak perkara yang
menggembirakan, menyedihkan, mengecewakan, menjengkelkan dan memalukan berlaku
di sini. Tingkatan 1 baru setahun jagung. Punyalah bajet berjurus konon. Belum
ada unsur-unsur nak memberontak. Tingkatan 2 terasa selesa sikit. Exam pun tak
ambil peduli. Tingkatan 3 agak serius. PMR kan. Tingkatan 4 menuju proses
kematangan, rasanya lah. Tingkatan 5 memang terbaik! Alamak! Aku ni dah jauh
tersasar flashback zaman muda-muda dulu.
Bercakap tentang Sofia. Dia ni memang cermat orangnya. Terlalu berhati-hati
dalam apa sahaja yang dia lakukan terutamanya homework, nota-nota dan etc. Tulisan
dia perghhh sebijik-sebijik. Tahap penulisan memang slow sangat.
Mengalahkan kura-kura. Tapi aku nampak
dia macam okay je. Kerja pun selalu
siap. Jauh berbeza masa di tingkatan 4 dulu. Kerajinannya terserlah. Aku kagum!
Bila masuk je tengah tahun, dia jadi lain sikit. Nampak murung dan stress. Aku kesian tengok dia termenung
je. Markah exam pun merosot. Apa yang
dah jadi???
“Kau sakit ke Sofia? Kau nampak lain lah sekarang ni. Aku
nak ajak borak pun tak berani. Kau ada masalah ke?”
“Tak lah. Mana ada. Kau ni memandai je. Aku okay. Mungkin aku stress ngan SPM kot…”
“Kau ni biar betul? Orang lain pun stress jugak. Tapi takde lah seteruk kau.”
“Aku…”
“Alaaa, kau ni. Cuba terus-terang ngan aku. Mana tau aku
boleh tolong.”
“NO! Tiada siapa pun yang boleh tolong aku. Benda yang aku
berhadapan sekarang ni sangat rumit…”
Dia pergi tinggal aku macam tu je. Tanpa sebarang jawapan.
Makin hari aku tengok dia makin teruk. Perangai cerewet dia tu semakin
menjadi-jadi. Tapi masa dia okay, okay lah. Makan, borak biasa-biasa je.
Kerja dia memang undeniable cantik,
kemas dan tersusun. Tak boleh nak komen lah. Dia seorang perfectionist. Untung juga aku ada kawan macam ni. Apa-apa pun, aku
risau tengok keadaan diri dia memandangkan SPM dah nak dekat.
“Aku ada benda nak bagitau kau ni. Pasal masalah aku hari
tu…”
“Ooo, kau dah ready nak story-story
ngan aku? Meh sini. Aku akan setia mendengarnya. Hahaha.”
“Sebenarnya aku…ada masalah ngan diri aku. Aku rasa aku ni slow sangat…”
“Maksud kau? Cara kau menulis?”
“Yup…”
“Aku dah agak dah. Sebab tu ke kau selalu tak cukup masa
dalam exam?”
“Yup…”
“Aish, kau ni. Aku rasa kau ni terlalu banyak berfikir
sampai kau tak boleh nak control keseimbangan
diri kau.”
“Memang lah. Aku dah buntu. Tak tau nak buat apa…”
“Kau tak boleh macam ni. Tak boleh! SPM nanti teruklah kau.”
“Aku tau. Hurm…”
“Macam ni lah. Aku tabik kau sebagai seorang perfectionist. Tapi kalau dah sampai
tahap memudaratkan diri kau, itu dah melampau. Kau kena stop semua ni. Aku tak sanggup tengok kau macam ni. Perfectionist tu bagus tapi ada limit dia. Kau tak perlu jadi sempurna.
Jadi diri kau sendiri. Buat diri kau rasa selesa.”
Air mata mula mengalir di pipinya. Aku yakin dia sudah
terlalu lama memendam perkara ni. Tidak tahu kepada siapa untuk diluahkan. Aku
faham kerana masalah sebegini tidak dapat dirasai oleh orang lain kecuali si
penderita.
“….aku takut Lia. Aku tak kuat.”
“Kau jangan macam ni. Never
give up. Aku kan ada. Aku akan cuba tolong kau. Aku takkan biarkan kawan
aku rosakkan masa depan dia gara-gara benda ni.”
Aku mengusap-ngusap kepalanya lalu memeluknya. Aku tau
penderitaan yang dialami sudah cukup membuat dirinya terseksa. Aku tak rasa
masalah dia cuma dalam exam tapi
dalam semua aspek. Kalau tak, dia takkan jadi psycho macam ni. Tapi jangan
risau Sofia, it is never too late to
change…
~being a perfectionist is good but it has its own limit. It
doesn’t mean anything if it ruins your life. Stop before it conquers your life.
Be who you are. Nobody’s perfect, right?~
No comments:
Post a Comment