Cuti2 ni aku banyak tengok cite hantu. Suka tapi bila start je cite, mula lah pandang tingkap tak pun tengok muka adik aku hahaha. Aku akan tanya adik bongsu aku hantu muncul ke tak masa tu, nak pastikan line clear hihi. Aku tak faham lah kenapa dia kebal sangat, tak takut haish! Hahaha. Okay lah. Untuk kali ni, aku nak bagi sinopsis sikit pasal cite2 hantu yang aku tengok. Enjoy!
INSIDIOUS CHAPTER 2
Sambungan untuk insidious 1. Cite insidious ni pasal ayah dan anak. Si ayah bernama Josh dan si anak bernama Dalton. Sebelum tu, aku kena lah briefing sikit insidious 1. Josh sejak kecil ada kebolehan luarbiasa iaitu boleh masuk ke dunia satu lagi, macam dunia orang mati, hantu2. Dia boleh pergi ke dunia tu dalam tidur/mimpi. Malangnya, ada satu benda ikut dia, of course lah hantu kan. Benda ni nakkan dia, nak hidup dalam dunia yang sebenar bukan dunia satu lagi tu. Mak Josh panggil Elise, seseorang yang ada 6 sense rasanya. Mak Josh suruh Elise buat Josh ni tak ingat dia ada kebolehan macam tu. Bila Josh dah berumah tangga, anak dia pulak yang kena. Sama lah macam dia dulu, ada benda ikut cuma yang lainnya rupa dia macam binatang. Dalton mengalami koma yang sangat lama sebab dia dah kena tangkap rasanya dengan benda tu. So, mak Josh sekali lagi panggil Elise. Elise pun buat apa yang patut, Josh kena hypnotize untuk masuk dalam dunia tu. Josh berjaya bawak keluar tapi benda yang dulu ikut dia sekarang ikut dia sekali lagi masuk dunia nyata. Elise nampak kelainan pada Josh selepas proses bawak keluar Dalton selesai. Dia ambik gambar dan terkejut. Malangnya, Elise dicekik oleh 'Josh' dan mati. Isteri Josh terkejut dengan kematian Elise yang agak mengerikan. Apabila dia melihat foto yang diambil Elise, dia terkejut lalu bersambung ke insidious 2. Insidious 2 ni pasal Josh yang dirasuk. Isterinya, Renai dapat merasakan sesuatu yang tak kena tetapi Josh meyakinkan Renai takde pape yang akan berlaku. Ibu Josh, Lorraine merasakan perkara yang sama lalu dia pergi berjumpa 2 orang lelaki yang bekerjasama dengan Elise dulu. Merkel menunjukkan rakaman Josh dan Elise pada suatu masa dulu. Lorraine melihat sesuatu. Hah, Josh! Maknanya, yang berada kat rumah sekarang hantu. Dalam insidious 2 ni, Carl menggantikan Elise. Carl kawan lama Elise. Dia menggunakan dadu untuk berinteraksi dengan makhluk halus. Dalam insidious 2 ni jugak, terjawab persoalan dalam insidious 1. Hantu yang ikut Josh tu pesakit Lorraine waktu dia bekerja sebagai doctor dulu. Pesakit tu bunuh diri. So, diorang pergi rumah pesakit tu. Rupa2 nya itu perangkap mak kepada pesakit Lorraine. Maknya ni seorang yang sangat jahat. Tak silap aku mak dia suruh bunuh orang. Zaman kecilnya mak dia paksa dia pakai macam perempuan. Untuk melakukan pembunuhan tu, dia menyamar jadi pengantin bergaun hitam. Walaupun dia dah jadi hantu still mak dia suruh buat jahat. Satu-satunya cara Josh nak lawan hantu tu kena hapuskan memori hantu tu. Josh dapat tengok hantu tu kena marah teruk dengan mak dia. Mak dia lah dalang kepada semua ni. Last sekali anak dia sendiri tolong Elise untuk hapuskan mak dia. Josh kembali semula ke dunia asal atas pertolongan Dalton. Btw Elise tu dah mati, so dia dah jadi hantu. Pertarungan antara mak hantu dengan Josh tu berlaku dalam dunia hantu sebab tu Elise tolong sekali. Cite ni berakhir dengan 2 orang lelaki tu sekali dengan hantu Elise pergi ke satu rumah yang anak dia accident tapi dia berkelakuan pelik sikit. So, kemungkinan akan ada insidious 3 hahaha. Tunggu je lah nanti ya. Aku pun tak faham sangat cite ni berbelit sikit walaupun aku dah tengok banyak kali memandangkan time tengok tu bukan semua adik beradik betkumpul hihihi. Apapun, aku suka cite ni, terbaik!!! Yang tak tengok lagi tu boleh lah tengok eh nanti, best! Hehe. Aku cite ni berdasarkan pemahaman aku lah. Sorry teramat kalau silap cite eh. Okay! Thanks for reading :-)
No comments:
Post a Comment