Angeline mengalami keguguran disebabkan oleh ibu mertuanya yang secara tidak sengaja menolaknya hingga jatuh. Marcel cukup sedih kerana dia sangat inginkan seorang anak. Agak sukar untuk Angeline hamil semula. Semenjak kejadian itu, Marcel mula menjauhkan diri daripada Angeline. Perangainya juga berubah. Angeline berasa sangat sedih memandangkan dia mencintai Marcel sepenuh hatinya dan dia juga mengharapkan kasih sayang suaminya itu. Keadaan menjadi lebih teruk apabila teman baik Angeline iaitu Heidi muncul dalam hidup mereka. Heidi telah menjadi duta produk kosmetik dari Paris. Penampilannya cukup menawan dan berjaya menarik perhatian Marcel. Marcel mulai jatuh hati pada Heidi dan mengabaikannya isterinya. Akan tetapi, bapa kepada Marcel, Romeo sangat tegas orangnya. Jika beliau mendapat tahu Angeline diperlakukan dengan buruk, nahas Marcel dikerjakannya. Nigel merupakan seorang pemuda yang berjaya. Dia meminati Angeline tetapi pada masa itu Angeline kekal sebagai gadis misteri. Nigel mempunyai seorang adik bernama Chantal. Chantal menyukai Nigel dan dia mahu Nigel menikahinya. Nigel cuma anak angkat. Nigel tidak bersetuju kerana dia menganggap Chantal sebagai anak kandungnya. Chantal cukup kecewa kerana Nigel tidak menghadiri majlis perkahwinan mereka lalu Chantal membunuh diri. Heidi berpura-pura baik di hadapan Angeline sedangkan pada masa yang sama dia cuba merampas Marcel. Lama-kelamaan kejahatan Heidi terbongkar. Heidi datang menemui Marcel untuk memberitahu tentang kehamilannya pada majlis makan malam romantik Angeline dan Marcel. Lebih memilukan lagi apabila Angeline dihalau keluar dari rumah kerana dituduh ingin mencederakan Heidi dan kandungannya. Maka terjadilah pergaduhan antara Heidi dan Angeline. Malangnya, Angeline terjatuh ke dalam sungai sewaktu pergaduhannya dengan Heidi. Heidi dihantui rasa bersalah. Semenjak kejadian itu, Angeline dianggap mati lemas memandangkan pasukan penyelamat tidak dapat menemuinya. Sebenarnya, Angeline telah diselamatkan oleh Nigel. Dia menceritakan segala-galanya kepada ibu Nigel, Yolanda. Yolanda telah lama menyimpan dendam terhadap keluarga Romeo. Angeline bersetuju untuk bekerjasama dengan Yolanda untuk menghancurkan keluarga Romeo. Kini, Angeline dikenali sebagai Chantal. Imejnya yang terkini sangatlah menawan. Perwatakannya juga berubah menjadi agak nakal. Keluarga Angeline gembira kerana dapat bertemu Angeline yang dianggap sudah mati. Nigel tidak begitu bersetuju dengan rancangan ibunya dan Angeline untuk menghancurkan keluarga Romeo. Heidi cukup terkejut apabila melihat Chantal kerana Chantal mirip sekali dengan Angeline. Ada perkara yang lebih mengejutkan tentang Heidi. Kehamilannya adalah palsu. Heidi sebenarnya mengidap sejenis penyakit yang agak kronik. Ketumbuhan yang dialaminya boleh dioperasi tetapi setelah itu dia sudah tidak boleh mengandung. Heidi panik kerana takut rahsianya terbongkar. Telenovela ini berakhir dengan baik. Angeline hidup bahagia bersama orang yang tulus mencintainya iaitu Nigel.
No comments:
Post a Comment