Maya, si pramugari. Memang impiannya untuk menjadi seorang pramugari. Perjalanan hidupnya bermula sebagai seorang bibik kepada seorang jurutera bernama Richard. Makcik Fe, seorang tua yang penyayang yang telah lama bekerja untuk keluarga Richard yang juga mengasuhnya sejak kecil. Richard mempunyai seorang pemandu yang ceria iaitu Joma. Kehidupan Richard banyak berubah setelah kematian isterinya, Alex. Kehadiran Maya dalam kehidupannya telah mengubah segala-galanya. Abby, anak bongsu kesayangan Richard menjadi bisu setelah kematian ibunya. Nikki, seorang gadis yang sangat cantik dan masih tidak dapat menerima Maya di rumah mereka. Luke, anak sulung kepada Richard merupakan seorang yang agak ramah dan dia sudi menerima Maya dalam kehidupan mereka. Sir Chief-itulah gelaran yang diberi oleh Maya untuk majikannya itu. Maya seorang wanita yang cantik, baik dan bijak. Tidak hairanlah kerana dia dibesarkan oleh keluarga yang penyayang. Maya sangat digemari oleh Abby sehingga akhirnya Abby dapat bercakap semula. Maya banyak membantu NikkI dalam kerja buatnya dan Nikki sangat menghargainya dan akhirnya dia dapat menerima Maya. Luke sangat mencintai Grace, teman wanitanya akan tetapi Grace memutuskan hubungan mereka dengan alasan Grace ingin fokus dalam pembelajarannya. Luke kelihatan sungguh kecewa. Setelah dinasihati oleh ayahnya dan orang2 di sekelilingnya,semangat Luke telah pulih semula. Maya meyimpan perasaan terhadap Richard tetapi dia tidak berani untuk meluahkannya. Maya juga cemburu apabila melihat Richard bersama orang lain. Begitu juga dengan Richard yang mulai jatuh cinta dengan Maya. Maka berlakulah salah faham antara mereka kerana masing2 memendamkan perasaan cinta itu tanpa ada keberanian untuk meluahkannya. Semua itu sementara sahaja. Setelah itu segala2nya kembali kepada asal. Akhirnya, Maya berjaya mencapai impiannya. Richard dan Maya kelihatan sangat sepadan bersama. Maya ialah seorang pramugari dan gandingannya ialah seorang jurutera kapal terbang. Mereka akhirnya berkahwin dan Richard sekeluarga hidup bahagia.
TAMAT
No comments:
Post a Comment