Monday, 3 November 2014

UiTM Kampus Puncak Alam

UiTM Puncak Alam or well-known as Palam, is a very beautiful place to study. Also, the facilities that have been provided are good. Tahniah kepada architects sebab buat Palam nampak unik. Konsep Palam ni nature and agak complicated dengan bangunannya, jalan raya nya. Okay! Palam ni famous dengan tangga kejayaan or tangga maut or tangga batu caves. Seriously, penat naik tangga tu banyak sangat wei. Kalau turun takde masalah, laju je macam turun gelongsor. Kalau korang tak nak naik tangga, ada je certain students berjalan kaki dalam group instead of taking the stairs. Bagus jugak tu tapi jauh perjalanannya tu. As for me senang je I take the bus, rapid KL. Kena keluarkan duit lah sikit, RM 1. Aku terpaksa kumpul duit seringgit tu banyak2 tapi takpe Adleena tak kisah asalkan tak perlu naik tangga tu, buat penat je. Eh! Lupa pulak. Korang mesti tertanya-tanya apa guna tangga tu. Sebenarnya dari kolej ke fakulti kami guna tangga tu lah. Nak turun fakulti kena guna tangga tu. Kolej kediaman memang selesa. Lebih kurang apartment lah cuma dapur, living room tu takde lah. Dalam rumah tu ada bilik air, rak kasut and yang terkini ada tempat sidai kain jugak. Dalam satu rumah tu ada 8 orang, 4 bilik setiap bilik ada 2 orang. Tempat dobi ada di tingkat satu setiap blok. Kolej kediaman untuk pelajar perempuan dipanggil kolej Rafflesia. Rafflesia ada 6 blok kesemuanya. Kolej Angsana untuk pelajar lelaki tetapi ada je pelajar perempuan tapi majoritinya ialah lelaki. Kolej Casuarina tu aku tak pasti sangat sebab kolej yang agak baru. Setiap kolej kediaman kecuali kolej Casuarina ada cafe masing2. Dalam cafe tu ada mini mart tau. Macam2 ada kat mini mart macam mini Tesco dah aku tengok hahaha. I'm a student from Foundation in Science. Asasi sains ni ada 6 subjek kesemuanya that are math, phy, chem, bio, subjek agama(ctu) and english(elc). Syllabus dia mungkin akan bertukar-tukar sikit every year. Subjek tu dia macam SPM tapi lagi advance lah. Ada 2 semester. Cuti sem dia lama lah jugak. Elc tu tertumpu kepada preparatian untuk muet nanti. Pakaian tu bebas asalkan sopan. Cuma hari isnin tu kena pakai pakaian formal, hari jumaat digalakkan pakai baju kurung untuk perempuan for lelaki not sure sebab biasanya diorang pakai baju melayu. Kalau untuk outing pun bebas cuma kena ada kat kolej selewat-lewatnya 11 malam kalau tak silap. Kalau nak pergi Tesco puncak alam, ambik bas rapid T600. Tak ramai sangat pun yang pergi Tesco ni sebab kecik je kalau nak beli bekalan makanan je okay lah. Kalau nak jalan2, window shopping, naik bas U90 pergi Setia City Mall, student panggil SCM. Tesco pun ada jugak kat situ yang besar punya. Tapi aku sarankan korang nak pergi scm tu better sewa kereta je lah. Kang tak pasal2 tak boleh balik palam sebab nak naik bas tu kena berebut jugak tau sebab ramai sangat. Bas tu pack gila macam ikan sardin tu hahahaha. Untuk ke klang sentral pun naik bas rapid u90. Tapi boleh je naik bas uitm cuma kena lalui beberapa prosedur lah sikit. Oh btw, kat uitm pun ada koko tau. Aku dulu masuk kelab memasak, koko tu daftar online tau. Korang kena cepat or else tinggal koko yang tak best. I think that's it I wanna share with you guys. You can drop a comment if you have anything to ask. Thank you :-D

2 comments:

  1. Hai hai hai .. tq sis utk entry nie. Atleast terubat rindu kpada sis

    ReplyDelete
  2. Hai hai hai .. tq sis utk entry nie. Atleast terubat rindu kpada sis

    ReplyDelete